UMAR AL-BANJARI THE GREAT


GERAKAN AVERROISME DI EROPAH
25/03/2009, 2:45 PM
Filed under: FALSAFAH

1. KEMUNCULAN

Pengkafiran al-Ghazali terhadap ahli-ahli falsafah yang meyakini pada 3 perkara ini iaitu berpendapat bahawa alam ini qadim (eternal in the past), berpendapat bahawa tuhan tidak mengetahui perkara-perkara juz’iyat dan mengingkari adanya kebangkitan tubuh diakhirat telah membuat orang-orang Islam dibahagian Timur menjauhi falsafah. Apatah lagi, disamping pengkafiran itu, al-Ghazali mengeluarkan pendapat bahawa jalan sebenar untuk mencapai hakikat bukanlah melalui jalan falsafah tetapi melalui jalan tasawuf yang maksudnya ialah, bukan dengan akal, tetapi dengan al-dzauq dan ma’rifat sufi lah yang membawa orang kepada kebenaran yang meyakinkan. Sedang orang Islam di bahagian timur mula menjauhi falsafah, keadaan yang sebaliknya pula berlaku di bahagian barat iaitu di Andalusia atau Sepanyol, pemikiran falsafah masih berkembang sesudah serangan al-Ghazali tersebut. Maka secara beransur-ansur, kekayaan khazanah ilmu pengetahuan dan falsafah islam beralih ke wilayah barat (eropah).

Perkembangan ilmu pengetahuan umat Islam di Andalusia dan Sicily di itali, akhirnya telah menarik minat orang-orang daripada kalangan Yahudi dan Kristian untuk menuntut ilmu ke wilayah itu dan melakukan penterjemahan ke atas seluruh karya-karya Aristotle, seperti yang dilakukan oleh St. Thomas Aquinas dengan meminta rakannya iaitu Willem van Moerbeke untuk melakukan penterjemahan tersebut. Dikalangan orang Yahudi dan Kristian, mereka mengenal Ibnu Rushd sebagai penjelas atau komentator falasafah Aristotle. Dante Alighieri, seorang pemuisi Itali dari Florence, dalam syairnya yang bertajuk ‘Divine Comedy’, mengatakan bahawa Ibnu Rushd sebagai komentator terbesar terhadap falsafah Aristotle pada zamannya.

2. PENDUKUNG GERAKAN AVERROISME

Pengaruh Ibnu Rushd di Eropah semakin kelihatan dengan munculnya gerakan Averroisme di barat yang cuba mengembangkan gagasan-gagasan rasional Ibnu Rushd. Averroisme merupakan istilah yang digunakan untuk menunjukkan penafsiran para pemikir barat dan latin terhadap falsafah Aristotle yang dikembangkan Ibnu rushd. Pada mulanya istilah ini dimaksudkan sebagai bentuk penghinaan terhadap pendukungnya, oleh kerana itu, tiada seorang pun yang berani secara terang-terangan mengaku sebagai pendukung pemikiran Ibnu Rushd. Namun setelah Johan of Jandun yang pertama kali mengaku secara terbuka bahawa dia adalah seorang pendukung pemikiran Ibnu Rushd, kemudian diikuti oleh Urban of Bologna serta Paul of Venice barulah para pendukung pemikiran Ibnu Rushd yang lain mulai berani secara terangan menyatakan pendirian mereka.

Tokoh yang terkenal sebagai pelopor Averroisme adalah ; 1) Siger de Brabant, 2) Boethius da Dacia, 3)Berner van Nijvel dan Antonius van Parma. Mereka semua adalah mahasiswa dari Universiti Paris. Mereka mempelajari , meneliti dan menelaah karya-karya ulasan Ibnu Rushd terhadap falsafah Aristotle. Landasan rasioanal yang dikembangkan oleh Ibnu Rushd sangat menarik perhatian mereka. Lalu, timbul kesedaran di kalangan sarjana-sarjana barat untuk meningkatkan penggunaan akal dan meninggalkan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan semangat rasional.


Tinggalkan Komen so far
Tinggalkan komen



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s



%d bloggers like this: